18 November 2009

Blog jualan tudung,mp3 comel,cute brooch

Wrote by :::"JIeHa::.. at 2:41 PTG 0 comments

Salam semua, just nak promote satu site nih yang menjual tudung ori,canik-cantik belaka,

Mp3 mickey mouse pun ada,pilih aje yang mana korang berkenan di hati,

Ada juga brooch Korea yang sangat cantik,

Jomlah jenguk2 website nih,memang cantik2 koleksinya.

Happy Shopping!!

Tips Kempis Perut Part 3

Wrote by :::"JIeHa::.. at 12:51 PG 0 comments
Ok, ini post yang ketiga tentang tips untuk kempiskan perut.
Harap-harap anda semua dapat praktikkan ya.








Caranya:



1.Perah limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan minum setiap hari. 


2.Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, untuk kesannya lebih cepat  
 dan bagi mengelakkan kembung perut. 


3.Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis  
  dan kemas semula.

16 November 2009

Cara-cara melilit selendang(shawls ala2 Siti)~ Arabian Origin

Wrote by :::"JIeHa::.. at 9:51 PTG 0 comments

Salam, kali ni nak tulis tentang cara-cara pemakaian shawls pulak..
Sekarang ni memang zaman teens memakai shawls.
Saya sangat suka tengok rmereka memakai shawls.
Sangat cantik..
Tapi kalau bab2 style shawls ni, tentulah minah Arab yang lebih expert.
Yelah, tiap2 hari mereka memakai shawls.
Apa kata kita cuba gaya baru(dah ramai orang kite bergaya begini sebenarnya) melilit shawl ala-ala Arabian sikit..baru nampak cun selalu..hehe.

Jom usha step di bawah nih.




Mula2, pakai anak tudung dulu ye.
Then,pakai shawls dengan sebelah panjang,dan sebelah lagi pendek.
Kalau saya, saya pendekkan di sebelah kanan, sebab lebih selesa~(info:saya left-handed!)


Next...



Tarik shawls yang bahagian pendek ke tepi bahu dan pinkan.


Next...


Tarik yang bahagian panjang tadi ke sebelah bertentangan dan sematkan dengan pin yang comel.
Comelkan shawls pin dia(mana nak beli ye??)~promo:di  Blogshop saya ada pin comel2 tau~


Next..




The last step, kemaskan mana2 bahagian yang berserebeh ..
Kasi nampak kemas tau..
Dan, inilah hasilnya.
Cantik kan.
Cubalah gaya ni pula selepas ni ya.
Selamat Mencuba!!

pictures credit to Trendy Hijab

A baby was born!!!!

Wrote by :::"JIeHa::.. at 10:35 PG 1 comments

Yeah2, akak dah selamat lahirkan seorang baby sulungnya yang kiut miut pada 16 September lepas.

Namanya Muhammad Ammar bin Mohd Firdaus.

Dah lama baby lahir ke dunia,baru hari ni nak update blog .hehe.
Almaklumlah, baru naik pangkat, bz je ngan baby nih.

Jom lah cuci mata tengok baby yang x berapa comel nih.

^_^(budk ni comel sebenarnya,tp mak pesan baby xleh panggil comel

nanti bila dah besaq, dia tak comel pulak)~gitu pulak..
Welcome to the world Ammar!!


Ammar ketiduran, sebab penat dicukur jambul.~
Majlis cukur jambul diadakan pada hari ke-13
kelahirannya sebab mak bapak die bz sangat.
Cian anak sedara maksu ni ye.




Mama,mama~wekk!!!!(~dah pandai yer Ammar)




Nguap bukan main budak kecik nih, sampai terpejam mata2 tuh.


Ni pose yang terakhir dari Ammar..

Tata!!!



13 November 2009

Camner nak edit gambaq???

Wrote by :::"JIeHa::.. at 11:31 PG 0 comments
Ha, da lama tak update blog.
Ari ni pun tak tau nak menulis apa ...
Jadi sy nak kongsi dengan anda semua satu website nih yg dapat edit pic kita bg cantik2 tau.
Saya pun selalu edit pic kat website ni.
Klik je link di bawah ni

21 Oktober 2009

Tips Lembutkan Rambut

Wrote by :::"JIeHa::.. at 9:19 PTG 1 comments
Kali ini jom kita praktikkan amalan ni untuk melembutkan rambut.
Walaupun zaman sekarang ni ramai yang prefer buat rebonding, tapi cara ni lebih selamat.
Apatah lagi menggunakan bahan-bahan semulajadi yang mudah didapati di rumah kita.
Ok, jom ikut cara- cara di bawah ni :

1. Bahan-bahan untuk lembutkan rambut ialah : 2 biji telur dan sedikit halia diparut halus

2.Pecahkan telur tadi,kemudian lumur pada rambut.

3.Rendamkan parutan halia tadi di dalam air suam.

4.Apabila dah kering, basuh dengan syampu(supaya bau telur tadi dapat dikurangkan ^_^)

5.Perapkan rambut dengan air rendaman parut halia tadi.

6.Biarkan selama 5 minit, kemudian bilas dengan air biasa.

** Lakukan sekali setiap minggu untuk keberkesanannya.




19 Oktober 2009

8 Ilusi Optik

Wrote by :::"JIeHa::.. at 11:54 PG 0 comments

Apa yang korang nampak pic diatas nih??
Tengok btul2...
.
.
.
1.Kita akan nampak mcm wave yang bergerak.
2.Akan nampak mcm 3 silinder sedang berputar.
;;;;;

Jom tengok picture di bawah ni lak.


Apa yang korang dapat lihat??







Kalau kita tengok betul2 ,kita akan nampak gelombang daun.
.....
If nak lihat banyak lagi picture cam diatas, boleh tengok kat Yahoo.com









14 Oktober 2009

Kelebihan Membaca Surah Al-Kauthar

Wrote by :::"JIeHa::.. at 2:51 PTG 0 comments
إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ



Antara kelebihan-kelebihan membaca surah di atas ialah :


1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa mudah-mudahan Allah s.w.t makbulkan doa kita.


2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok dileher, insya’allah hilang dahaga.


3. Jika sering sakit mata seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah
dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t bagi
ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.


5. Jika membacanya 1000x rezeki kita akan bertambah.

6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.




12 Oktober 2009

Gossip Hangat!!!

Wrote by :::"JIeHa::.. at 9:14 PTG 0 comments


Jom usha2 pic kat bawah nih
Korang kenal kan sape nih..
Hehe,ni lah insan aku dapat kenal pasti tersesat dalam
DewaN M.A.S that day..
Girl yang sebelah tu bukan gf dia ye,itu i ; )
Mamat nih sangat Hensem hari tu,
And yg penting he wear kemeja hitam,same colour ngan kurung i.
Hehe B )


Ada la aku tanye,awk datang sini jenguk sape ek???
(Dia senyum2 simpul pulak time tuh,comel sangat)
Then my fren tanya pulak,(awak datang tengok gf awk grad ek???)
Hehe, -ye- selambe je dia jawab.
Betuah la gf dia, coz tak berselindung tentang relationship diorang.
Then, untuk memastikan lagi sape la girl bertuah yang dapat dia tuh...
Aku ngan membe aku nih sanggup ikut diorang kluar dewan.
Last2 , namapak lah sorang aweks nih...
'Oh, blond girl rupanya'
Mmm, bertuah girl tuh.
Then,dengan kelam kabut nye, fahmi n her gf meninggalkan lobby dewan tuh secepat mungkin
(ni mesti kes takut ramai orang perasan kehadiran diorang)
Dalam few minutes,dia meniggalkan dewan itu, menaiki kenderaan Kerajaan Negeri Kedah.
?????? Hm,timbul lagi satu pertanyaan..
Knapa nek kete tuh???
Hmm,.. mesti korang sendiri pun tau kan jwapannye..









04 Oktober 2009

Konvo UUM sem lepas (

Wrote by :::"JIeHa::.. at 11:04 PG 0 comments
Sebenarnya,aku ngah bersedih bila tibanya majlis konvo tahun ni.
Sebab apa???
Sebabnya, aku tak dapat join jadi penyambut tetamu lagi cam sem lepas (,")
Besh lorh dapat jadi penyambut tetamu..
Walaupun x dapat elaun,aku x kesah,yang penting pengalaman beb!
Pengalaman susah nak dicari melainkan melaluinya sendiri kan?
Yang best skali if dapat jumpa artis(ada ke?). nge.
Ada lagi leh jumpa orang yang glamer2 cam Dato' Maznah....
Ladi macam2 la..
Tapi yang paling penting masa aku ngah 'kawal' lam dewan, ada la ternampak
sorang mamat nih, cam kenal jerr..
membe aku pon cakap cam kenal jugak..
Tp sape??
Hehe,Nasib aku baik kot,sem lepas memang aku ada terserempak ngan sorang artis nih,dalam Dewan M.A.S tuh.
Sape orangnye???Cantik ke??Hensem x??....
.
.
.
Haha..
.
Dia seorang pelakon yang berlakon dalam cite Spa-Q.
Ha,cuba ampa semua teka sapa orangnye???
Nnati aku akan upload gambonye,
Baru ampa tau sapa noh...

03 Oktober 2009

Eksperimen

Wrote by :::"JIeHa::.. at 7:28 PTG 0 comments
Sem ni,aku ada ambik subjek Experimental Design, kodnye SQQS3053(hehe,nak
gtau jugak)
Dalam kelas ni kami belajar pasal eksperimen lah,macam2 eksperimen ^_^
So, kami smue harus design 1 EKSPERIMEN as project for this sem...
Pikiq macam2 la idea lam kepala otak aku nih mulanya..
tp
Last2 habuk pon xdak(he,he)
Nak tau apa eksperimen yang aku n group buat???
Nantikan jawapannya...
2morrow ya.
Tata

02 Oktober 2009

My blogshop was launched!!

Wrote by :::"JIeHa::.. at 11:00 PTG 0 comments

Alhamdulillah,finally hajat aku nak wujudkan blogshop tercapai jua..

Joomla view blogshop jieha yang tak seberapa nih...
Kot berkenan...
Semua shawlscantik2belaka.

Jom view..

If dah berkenan contact jieha ye


08 September 2009

Bila nak dapat baby nih????

Wrote by :::"JIeHa::.. at 9:36 PG 0 comments
Isk2..dah banyak hari aku tunggu baby kuar,


x keluar2 jugak...



Rasanya due date dah nak campai..



Dah sabar2 dah aku ni..



Kemaruk baby.






.



.



.



.



.



.













yang ni comell ^_^
.


.


.





Bunyinya cam baby sendiri pulak kan..


Actually, i wait for my sister punya baby la..


(",)


Hehe, dan tak sabar sangat nih.

aLmaklumlah... baru nak dapat anak sedara...


Sebab tu la jdi gini. (,'')


Agak2nye camne ek muka baby tu, mesti comel punye,


sebab ikut muka aku ^_^ (hi,perasan jerrr, padahal mummy die yang comel (",))



Untuk melepaskan ketidaksabaran aku waiting tuk baby nih,, aku letak je la pic2 baby,


kot2 baby tu comel camni nanti.


heheh


Nanti bila baby dah kuar i snap pic n tunjuk kat korang. (^_^)


06 September 2009

Dugaan...

Wrote by :::"JIeHa::.. at 2:26 PTG 0 comments
Kali ni aku btul2 xtau nak wat asgment nih.
Tensyen btul..
Yang paling menensyenkan lagi,bukan satu dua je asgment yang nk kena siapkan,
tp berlambak-lambak.
Adoiii.nilah dugaannya kalau jd student..
Sabo je la cik jieha : )





27 Ogos 2009

Tanda – tanda pasangan tidak setia

Wrote by :::"JIeHa::.. at 8:39 PTG 0 comments
Salam..
Hari ni jiha nk kongsi ngan kamu smua tentang tanda2 couple kita x setia,x kira le husband or bf.. Ig ada je ciri2 kat bawah ni,kamu berada dalam bahaya.

1.Si dia sering pulang lewat malam dengan alasan sibuk buat kerja lebih masa. Tetapi
bila dihubungi, telefonnya selalu dimatikan.

Maka dengan itu, seeloknya bawalah pasangan anda berbincang baik-baik. Suarakan kerisauan hati anda menganai perkara ini dengan cara halus tanpa ada nada-nada seperti menghukumnya

2.Lebih banyak melakukan aktiviti di luar rumah tanpa melibatkan anda dan anak-
anak . Padahal sebelumnya tidak begitu.

3.Sikapnya bertambah manis. Jangan tertipu, sikap manisnya hanya untuk menutup
kecurangan yang dilakukan di belakang anda.

4.Semasa berada di rumah, telefon bimbitnya tidak pernah lekang daripadanya. Anda
pula tidak dibenar mengecek SMSnya.

5.Pengeluaran bertambah tanpa alasan yang jelas. Anda terjumpa bil-bil bayaran di
restoran mahal padahal pasangan anda selalu memberi alasan tidak cukup wang.

6.Penampilannya menjadi lebih bergaya, selalu beli baju baru, lagaknya pula seperti
remaja yang jatuh cinta.

7.Sering memberi alasan ke luar kota pada hujung minggu. Tapi bila dihubungi.
telefonnya tidak pernah aktif.

26 Ogos 2009

How to fast healthily during Ramadan

Wrote by :::"JIeHa::.. at 5:29 PTG 0 comments
1.Don't skip breakfast (Suhoor)

2.Eat a wide variety of foods

3.Eat low glycaemic (GI) foods at breakfast to help control blood sugar levels.

4.Be aware of your cooking methods
-Always trim off excess fat from before cooking, or use venison, chicken and soya as
lower fat options. Remove poultry skin & choose light meat (eg. breast).

**Cut down on fat intake during cooking:

- cook onions in a little water or vegetable stock rather than oil or butter

- use non-stick frying pans & non-stick sprays rather than oil or margarine

- bake, grill or roast foods rather than frying

- cook roasted meat or poultry on a wire rack so that the fat can drip off

- Steam or boil vegetables

- when preparing rice, noodles & other grains, season with herbs, spices & broths
rather than added fat

- prepare soups, gravies & sauces in advance, so that they can be refrigerated,
allowing you to remove the layer of fat that forms on top.


Get This from CyArena.com
Send to Friends email
5. Avoid taking in too much salt

6. Make healthy changes to recipes

7.Eat enough carbohydrate foods - especially those rich in fibre
8.Remember your fruits and vegetables
9.Drink sufficient fluid

24 Ogos 2009

Rahsia Tarikh Lahir

Wrote by :::"JIeHa::.. at 9:00 PTG 0 comments
Hai kengkawan sekalian..

Hari ni sy nak kongsi ngan anda smua tentang rahsia tarikh lahir sy sendiri.
Ok la, sy lahir pada 16 Jun 1987...
So ade la blajar sikit cara2 nak kira benda nih..
Cara-caranya seperti dibawah..

16 Jun 1987 = 16 + 6 + 1987
=2009
=2+ 0 + 0 + 9
=11
=1 + 1
= 2

So, dari calculation kat atas jumlah smua no ialah 2..
Jadi karakter sy ada dalam kategori ke-2
Kat bawah ni ada penerangan pasal tiap2 no..

1-KETULENAN

Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik
diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah
pemimpin atau boss.
-Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik.
-Berfikirlah secara terbuka.

**Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk
Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2-PENDAMAI

-Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum
-mengambil kira dirinya sendiri.
-Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di
-dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak
serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai
kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

**Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi
Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

Dalam bebanyak statement kat atas ni, ada la jugak yang kena mengena ngan diri ni..
Yang lain ade kot sikit2.. hehe.

Anda pula camne?Ok lah,ig nak tau lebih lanjut boleh view terus kat
SINI

Ramadhan Menjelma..

Wrote by :::"JIeHa::.. at 8:22 PTG 0 comments
Assalamualaikum..


Syukur alhamdulillah akhirnya kita dapat menyambut bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ni. Harap2 kita semua dapat memperbanyakkan ibadah2 sunat ye kawan2.
Dah masuk ari ketiga kita puase ye,setakat ni ok la..Tak penat sangat. Walaupun terpoaksa gi kelas tiap2 hari, still boleh handle lagi..But kekadang bila dah sampai petang tu, lembik lutut jugak .haha. Ok lah, to all my friends out there... SELAMAT bErpuASA!
Get This from CyArena.com

Send to Friends email

03 Ogos 2009

LAGI TIPS UNTUK KEMPISKAN PERUT

Wrote by :::"JIeHa::.. at 3:01 PTG 0 comments
1.Gilingkan kapur sirih bersama daun jambu batu. Sapukan keperut setiap hari
sehingga perut menjadI KEMPIS

21 Julai 2009

Rahsia untuk dapatkan Wajah Berseri-seri

Wrote by :::"JIeHa::.. at 9:54 PG 0 comments
1. Untuk sentiasa kelihatan cantik menawan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :

•Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
•Baca ” Ya Nur ” 1x
•Baca ” Ya Hadi ” 1 x
•Baca ” Ya Allah ” 3x
Amalkan membaca zikir ini dan tiup ke tapak tangan dan kemudiannya sapu ke muka kita setiap hari.

2. Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;

•Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
•Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
*Kaedah ini adalah untuk rawatan dalaman supaya kelihatan cantik muda dan bertenaga luaran dan dalaman.


3.Bacalah surah al-Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur, nescara kita akan sentiasa
murah rezeki dan mendapat ketenangan jiwa.

Sedikit tambahan info ;
Kepada yang selalu sakit kepala atau migrain tu, amalkan membaca ayat 19 dari surah al-Waqiah. Moga-moga boleh menghilangkan / meredakan sakit kepala yang dialami.

Tips Kempiskan Perut Boroi

Wrote by :::"JIeHa::.. at 9:41 PG 0 comments
Semua orang mesti nak perut kempis supaya nampak cantik, tambah-tambah lagi buat kaum perempuan.Kalu harap muke je cantik, tapi perut boroi,terus jadi x cantik tau.
So, disini ada tips untuk kempiskan perut buat anda..Rajin-rajinlah mencuba untuk dapatkan hasil yang maksimum.Ikuti dan amalkan langkah berikut untuk mendapatkan perut yang cantik berotot.Semoga Berjaya!!

i) Minum banyak air kosong. Air mengenyangkan dan menjaga metabolisme badan.

ii) Berhenti minum minuman beralkohol. Alkohol walaupun minuman bebas lemak, namun
mengandungi banyak kalori. Ini boleh meningkatkan tahap kortisol di dalam tubuh.

iii)Lakukan gerakan sit up. Senaman ini membantu mengurangkan mengurangkan lemak
dan mengempiskan perut.

iv) Berkebun. Berkebun juga merupakan aktiviti fizikal yang ternyata mampu
mengurangkan berat badan. Aktiviti ini diyakini dapat membakar lemak 350 kalori
sejam.






v) Lakukan gerakan pinggul. Senaman gerakan pinggul dapat membakar kalori sama
seperti berkebun.

vi)Amalkan makan banyak buah-buahan dan sayuran. Kedua-dua makanan ini mengandungi
serat tinggi. Walaupun anda makan dalam jumlah yang banyak, anda tidak perlu
risau terjadinya pertambahan lemak di bahagian perut.

Buat duit dengan Youthsays

Wrote by :::"JIeHa::.. at 9:36 PG 0 comments
Salam...

Arini anna nak kongsi dengan korang semua tentang buat duit
dengan Youthsays..
Anna dah try dan dah hasilnya agak memberansangkan(cmne nak eja ek?) ^_^
Apa kata korang sendiri cuba..
Rugi kalau tak cuba.
Wish all of u good luck!


Jom beli baju cantik2..

Wrote by :::"JIeHa::.. at 9:24 PG 0 comments

Hai semua.Assalamualaikum.

Hari ni Anna nak kenalkan satu website yang jual macam pakaian for ladies la.
Koleksinya cantik2 dan mesti sume ladies di luar sana suke.
Kat bawah ni ada contoh-contoh baju yang cantik2..
Rugi kalau tak beli..
Harganya pun berpatutan.
Korang tengok la sendiri, kalau x percaye k.



Yang pasti korang mesti suka punya dress2 nih.
Tadaaa...

10 Julai 2009

Rahsia Tanda Tangan

Wrote by :::"JIeHa::.. at 10:51 PG 0 comments
1.Satu garisan di bawah tanda tangan.
Anda seorang yang sangat yakin dan ada personaliti yang hebat. Bagaimanapun, anda agak mementing diri tapi percaya dengan kebahagiaan dalam hidup adalah sangat perlu.

2. Dua titik di bawah tanda tangan.
Anda romantik . Mudah menukar pasangan sebagaimana menukar pakaian. Anda memilih kecantikan dan anda sentiasa berusaha kelihatan cantik. Anda mudah menarik perhatian orang mendampingi diri anda.

3. Satu titik di bawah tanda tangan.
Anda kelihatan mudah dan tenang, tetapi cepat hilang kepercaan apabila mendapati orang telah mengkhianati diri anda.

4. Tiada garisan atau titik di bawah tanda tangan.
Anda enjoy dengan hidup anda, ikut cara dan gaya anda sendiri. Anda kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain.

5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama.
Anda sentiasa berusaha supaya smart, suka berselindung dan jarang mengambil pandangan orang sebagai panduan hidup . Anda amat yakin dengan kebolehan diri sendiri.

6.Tanda tangan berasaskan ejaan nama tetapi sukar nampak.
Anda cerdik tetapi kurang mahu berfikir. Anda menukar pandangan dan idea begitu cepat.

7. Tanda tangan huruf satu – satu , tidak bersambung.
Anda seorang yang sangat prihatin,tidak mementingkan diri, sanggup berkorban apa saja untuk orang lain. Anda seorang pemikir dan mudah serik.

8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas.
Anda seorang yang sangat baik, anda boleh seimbangkan diri dengan apa jua keadaan atau siapa jua yang and berurusan . Anda tegas dengan pendapat sendiri dan ada semangat yang tinggi.

Khasiat Sukun

Wrote by :::"JIeHa::.. at 10:49 PG 0 comments
Ramai antara kita yang tidak mengetahui bahawa buah sukun mempunyai pelbagai khasiat selain hanya dimakan sebagai kuih.

Berikut adalah khasiat sukun:

-Daun sukun yang diramas bersama air hingga mengeluarkan lendir dapat
mengurangkan sakit kepala.Caranya ialah dengan memupuk lendir tadi di bahagian
dahi.

-Air rebusan buah sukun muda dapat mengurangkan batuk.

-Air rebusan sukun masak dapat mengubati sakit asma dan hempedu.

-Getah pada kulit pokok sukun digunakan sebagai getah untuk menampal kebocoran
pada kapal, dan digunakan dalam proses membuat gula-gula getah.

Kaitan WARNA dan peribadi LELAKI

Wrote by :::"JIeHa::.. at 10:48 PG 0 comments
Hitam.

-Warna ini seringkali dikaitkan dukacita dan ketakutan. Namun begitu, dalam melambangkan keperibadian lelaki, ia memperlihatkan seorang lelaki yang macho dan berkeyakinan . Mereka amat yakin dalam membuat keputusan. Lelaki jenis ini juga mementingkan penampilan dan tegas tentang apa yang diperkatakan. Ia juga melambangkan sifat moden dan boleh menyesuaikan diri dalam semua keadaan.

Putih.
-Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia symbol seorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain knaves yang menunggu lakaran seorang artis. Lelaki yang gemarkan warna putih amat gemarkan kebersihan dan begitu menitikberatkan soal kekemasan diri. Anda yang sukakan warna bersih ini juga seorang yang cermat dalam pelbagai hal. Biasanya hiasan dalam rumah dan lipatan kain kemas sahaja. Mereka tidak suka perkara yang berselerak dan berterabur.

Merah.
-Melambangkan tenaga fizikal dari segi kebaikannya. Ia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerja yang ditugaskan. Aspek negatifnya, ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan.Merah juga berkait rapat dengan kemarahan. Ada juga sesetengah lelaki yang menggemari warna ini agak baran dan tidak dapat mengawal kemarahannya.Namun, mereka ini dikategorikan dalam senarai lelaki kreatif.

Merah jambu.
-Ia melambangkan sifat kewanitaan . Lelaki yang gemarkan warna ini biasanya berjiwa lembut dan pemuh kaish – sayang.Mereka ini penuh dengan sifat romantis. Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan. Mereka ini jika sudah sayang seseorang, akan sayang sampai bila-bila.Cuma kadangkala sikap terlalu bertoleransi mereka akan membuatkan mereka diperdaya atau orang lain mudah mengambil kesempatan.

Oren.
-Warna ini melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan warna tenaga fizikal(merah) dan daya mental(kuning).Ia melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetpai ia juga dianggap warna yang amat kuat dan pelik bagi sesetengah orang. Mereka yang sukakan warna ini mempunyai cita-cita yang tinggi. Selalunya, apa yang diimpikan akan cuba dicapai walaupun terpaksa menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Namun, kadangkala mereka agak kelam kabut dalam menghadapi satu satu hal. Jika mempunyai buah hati, mereka akan benar-benar sayang buah hatinya.

Ungu.
- Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Orang yang memakai warna ini dikatakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.

Coklat.
-Ia tanda pengasih dan mempunyai prospek di masa depan. Lelaki yang gemarkan warna ini juga dikatakan seorang yang berjimat-cermat ketika membelanjakan wangnya. Sehingga ada masanya, lelaki ini dikatakan berkira dan kedekut untuk mengeluarkan setiap wang ringgitnya. Jadi tidak hairanlah jika mereka ini mempunyai simpanan yang banyak. Mereka akan sentiasa memikirkan masa depan.

Hijau.
-Warna ni adalah kombinasi warna hijau dan biru.Ia dianggap warna alam. Warna hijau dikaitkan dengan cemburu. Lelaki yang gemarkan warna ini juga dikatakan tidak banyak bercakap. Walaupun agak cemburu, lelaki jenis ini agak tenang dan jika ada masalah, Berjaya selesaikannya dengan cara palimh seimbang.

Kuning.
-Ia adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarikan intelektual dalam pelbagai bidang. Ia adalah warna yang untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu, tetapi bagi sesetengah orang ia dianggap warna yang memaksa. Ada juga yang mengaitkan kuning dengan sifat pengecut. Tetapi, meeka ini mempunyai kreativiti dan bersita rasa tinggi.

25 Tabiat Melambangkan Sikap Suka Berfikiran Negatif

Wrote by :::"JIeHa::.. at 10:48 PG 0 comments
Anda memiliki sikap suka berfikiran negatif apabila:
1. Memandang rendah pada apa yang orang lain buat, bakat dirinya, pencapaiannya dan usahanya.
2. Anda memperbodohkan orang semata-mata untuk menjadikan kesilapannya sebagai bahan ketawa.
3. Anda cepat melihat yang buruk dalam apa saja situasi, benda, perkara.
4. Anda selalu mengomen, mengkondem, mengkritik, hentam belakang.
5. Anda suka bercerita keburukan orang - ahli politik, kawan, kekasih, suami, isteri atau keluarga Anda.
6. Tak pernah terfikir untuk merasa bersyukur, bahkan ia takde guna bagi Anda.
7. Tak pernah meminta maaf dan tak mahu melafazkan kemaafan.
8. Sukar melupakan orang yang pernah berbuat salah pada Anda.
9. Anda banyak bercakap untuk menampakkan Anda tahu banyak perkara, peka semua berita. Cakapan orang lain tak penting bagi Anda kerana mereka hanya tahu sedikit saja, tak setanding Anda.
10. Anda suka menyalahkan orang lain setiap kali timbul masalah.
11. Lebih banyak menggunakan bahasa sindiran pedas dari cakapan berterus terang secara berhemah.
12. Sakit hati melihat orang lebih berjaya dari Anda atau apabila melihat orang lebih lebih maju dari Anda.
13. Anda menganggap orang lain menunjuk-nunjuk, seolah-olah mencabar Anda sedangkan sebenarnya mereka tidak begitu.
14. Cakap tak berlapik, tak sopan, main hambur ikut suka hati.
15. Mahu orang lain respek Anda, tapi sukar untuk Anda respek orang lain kerana berbuat begitu memalukan Anda.
16. Cepat naik marah, pantang ditegur, susah melupakan apa yang membuat Anda marah.
17. Menganggap diri Anda kaya dan hebat serba serbi, walaupun sebenarnya banyak berhutang.
18. Anggap apa yang Anda miliki jauh lebih hebat, pencapaian Anda lebih hebat dan Anda tak sanggup dikalahkan.
19. Malas nak belajar sesuatu perkara baru.
20. Tak nak berubah, selesa kekal dengan yang ada.
21. Mahu orang lain mengikut saranan Anda, langsung tak menghormati keputusan mereka.
22. Berlagak seolah-olah Anda orang penting ketika berada dalam sesatu majlis keramaian.
23. Amat menjaga sembahyang, tapi mulut memaki-maki.
24. Berjanji insya Allah, tapi asyik mungkir janji.
25. Suka mempergunakan, memperalatkan kejujuran dan kebaikan orang.

Fikiran melambangkan perbuatan. Perbuatan juga melambangkan cemana rupa fikiran, positif ke ke negatif. Anda boleh mengenali pemikiran negatif jika Anda terlihat ciri-ciri perbuatan negatif seperti di atas.
Jadikan 25 sikap itu sebagai panduan, garis ukuran untuk Anda check attitude diri. Jika ada sikap di atas terdapat pada Anda, itu tandanya Anda kena berubah kalo Anda nak ada kemajuan dalam hidup.
Semua 25 panduan itu tak semestinya betul, bahkan boleh jadi salah kerana ia hanya berdasarkan kajian pada masyarakat umum. Tak sama pada semua orang. Saya percaya andai kata Anda sambung tulis start dari yang ke 26, mesti senarai tu sampai 100 atau 200, apatah lagi bila ditaip dengan penuh perasaan geram..betul tak? Hehe..
Biar orang kritik kita, jangan kita mengkritik sebab itu akan memfull-powerkan pemikiran negatif yang ada dalam diri kita. Banyakkan yang positif supaya dapat mengurangkan yang negatif. Pemikiran negatif sukar untuk dibuang, tapi boleh dilatih untuk menjadi semakin mengurang.

8 Kesalahan Menjaga Penampilan dan Kecantikan.

Wrote by :::"JIeHa::.. at 10:36 PG 0 comments
Dalam menjaga penampilan dan kecantikan diri, kita sering kali tidak peka terhadap sesuatu perlakuan yang kita lakukan samada secara sedar ataupun tidak.Ini menyebabkan penampilan dan kecantikan kita semakin hilang serinya.Hal ini sekali gus menggugat keyakinan diri. Antara kesalahan yang sering kita lakukan adalah seperti:

1.Potongan rambut tidak berubah.
-Bagi wanita yang gemar berambut pendek, anda masih boleh mempelbagaikan bentuk potongan rambut pada setiap masa.Manakala bagi wanita bertudung pula, pastikan anda menjaga kesihatan rambut dan tidak salah sekiranya anda juga mempelbagaikan potongan rambut mengikut peredaran semasa.

2.Kurang tidur.
-Kurang tidur akan menyebabkan badan menjadi lemah, muka kelihatan sembam dan wujud lingkaran hitan di bawah mata. Dapatkan tidur dengan secukupnya bagi mengembalikan keremajaan kulit.Semasa tidur, enzim-enzim di dalam badan akan membaik pulih kerosakan sel serta mengenyahkan toksin di dalam badan.

3.Terlalu menghindari lemak.
-Kekurangan lemak boleh mengakibatkan kulit menjadi kering, bersisik dan rambut bercabang. Sebenarnya,anda masih boleh mendapatkan lemak tanpa menjejaskan bentuk badan anda.Sesekali jamahalah sedikit makanan berlemak, janganlah menghindarinya terus.

4.Tidak gemar bersenam.
-Awas bagi wanita yang tidak gemar bersenam kerana sibuk gengan tugas seharian.
Kekurangan bersenam akan menyebabkan aliran darah dalam badan tidak dapat berfungsi dengan baik. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

5.Mengabaikan kebersihan alat solek.
-Span atau berus bedak yang kotor serta tidak dijaga kebersihannya akan menyebabkan pengumpulan bacteria.Apabila disapu pada kulit, bacteria tersebut akan menyebabkan kulit ditumbuhi jerawat. Bersihkan alat solek 2 minggu sekali dengan menggunakan air suam.

6.Tidur tanpa membersihkan alat solek.
-Pulang lewat daripada tugasan sering menyebabkan ramai antara kita malas untuk membersihkan sisa solekan di wajah sebelum tidur. Sisa solekan tersebut akan menyebabkan pori tersumbat, hingga menyebabkan kulit kusam, menimbulkan jerawat dan berlaku iritasi pada mata.Buang sisa solekan sehingga bersih dengan menggunakan tisu basah dan cuci wajah anda dengan menggunakan pembersih.

7.Terlalu kerap mandi air panas.
-Mandi air panas dikatakan mampu mengembalikan semula kesegaran tubuh. Tetapi awas jika terlalu kerap mandi air panas, kulit anda akan menjadi kering. Sekiranya anda ingin mandi air panas ,batasi masa mandi hanya lebih kurang 3 minit dengan suhu air yang tidak terlalu panas.Gunakan pelembap selepas mandi bagi mencegah kulit dari menjadi kering.

8.Tidak menggemari buah dan sayur.
-Bukan sahaja kanak-kanak, malahan ada juga golongan dewasa yang tidak menggemari buah-buahan dan sayur-sayuran.Akibatnya, tubuh kurang bertenaga dan kulit menjadi kering. Ini kerana buah dan sayuran membekalkan mineral dan vitamin untuk tubuh berfungsi dengan sempurna.





05 Mei 2009

Ciri-ciri lelaki pilihan

Wrote by :::"JIeHa::.. at 10:15 PG 0 comments
Ok hari ini saya akan kongsikan dengan anda tentang ciri-ciri lelaki yang wanita suka.
Pada pandangan saya la kan, seseorang lelaki tu patut:

1.Gentleman

2.Penyayang(ada sifat2 kebapaan gitu..^_^)

3.Tak kedekut(i mean pemurah)

4.Jaga kebersihan diri.

5.Hormat orang tua.

6.Berbudi bahasa

7.Romantik (sikit2 dah le,jgn over,jiwang2 xnak)

8.Tau menghargai wanita

9.Matang(ciri2 ni amat penting)

10.A good leader

11.Hensem itu perlu ^_^

12.A good listener.

13.Berkarisma.





28 April 2009

Rahsia Kelahiran Bulan Mei

Wrote by :::"JIeHa::.. at 3:24 PTG 0 comments
*Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros(memang boros, ^_^)

27 April 2009

Lagu pilihan hari ini.

Wrote by :::"JIeHa::.. at 9:46 PTG 0 comments
Ini adalah antara lagu kegemaran saya nyanyian band The Killers.
Anda boleh download menggunakan link dibawah :


Loosing Touch by The Killers.

Human by The Killers.

A Dustland Fairytale by The Killers

25 April 2009

40 Kesilapan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-anak

Wrote by :::"JIeHa::.. at 6:16 PTG 0 comments
Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu;

1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.
6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.
8)Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9) Kurang melahirkan kasih sayang.
10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.
12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.
14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.
16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.
18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.
21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.
22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.
25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.
29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.
34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.
38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39) Tidak tegas mendidik anak-anak.
40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

24 April 2009

Make money with Youthsays surveys

Wrote by :::"JIeHa::.. at 7:09 PTG 0 comments

RAHSIA DAN KELEBIHAN KAYU KOKKA

Wrote by :::"JIeHa::.. at 10:56 PG 0 comments

1.Rumah yang memilikinya; aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis makhluk, insya
Allah.
2.Anak menangis tidak dapat tidur; letak di bawah bantal atau rendam sebahagiannya ke dalam

air lalu diberi minum, insya Allah akan tidur.
3.Sakit gigi; rendam sebahagiannya ke dalam air suam, kemudian berkumur dengannya dan

minum, insya Allah sembuh.
4.Sakit kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit, insya Allah lega.
5.Demam, sakit Kuning, kerongkong, tongsil, guam dan ruam; rendam air dan beri minum atau

titiskan ke dalam mulut, insya Allah sembuh.
6.Ibu dalam pantang; bawa bersama semasa tidur, rendam ke dalam air suam dan minum.

Insya Allah aman dan sembuh segera.
7.Termakan santau atau terkena racun; rendamkan ke dalam air dan beri minum, insya Allah

sembuh.
8.Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insya Allah akan terhindar dari binatang liar atau

berbisa.
9.Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, insya Allah akan hilang segala

bisanya.
10.Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, insya Allah akan tenang dan aman.
11.Sekiranya memakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan

terdaya.
12.Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas-pembebas di 4 wilayah telah

membawanya bersama semasa berperang, lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi
kabur dan pemakainya beroleh kemenangan, alhamdulillah.
13.Jika dalam keadaan yang amat terdesak, logam panas yang pantas kilat lagi bahaya insya

Allah tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman dan beramal soleh.

RAHSIA KELAHIRAN BULAN APRIL

Wrote by :::"JIeHa::.. at 10:53 PG 0 comments
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

21 April 2009

Petua Kecergasan Minda

Wrote by :::"JIeHa::.. at 5:30 PTG 0 comments
1) Mengelakkan perbualan kosong
2) Gosok gigi selalu sebaiknya menggunakan kayu sugi
3) Bergaul dengan orang soleh dan alim
4) Memperbanyakan membaca al-Quran
5) Makan makanan yang halal dan berkhasiat
6) Berusaha untuk mendapatkan khusyuk dalam solat dan amalkan solat
tahajud.
7) Selalulah berpuasah

TIPS KECANTIKAN

Wrote by :::"JIeHa::.. at 5:20 PTG 0 comments
Khasiat Asam Jawa
-ambil kuantiti asam jawa secukupnya dan bancuh dengan air masak. Oleskan pada
wajah sehingga kering iaitu kira-kira 20-30 minit. Setelah kering, bolehlah
dicuci.Sekiranya ada jerawat, letakkan asam jawa tebal sedikit. Insya-Allah jika
diamalkan, kulit akan licin dan tidak berjerawat. Walau bagaimanapun, petua ini
tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering.

Menghilangkan White Head Di Muka
Ambil sebiji telur, asingkan putihnya. Ambil beberapa helai tisu muka dan celupkan
ke dalam putih telur tersebut. Selepas itu, tekapkan ke seluruh muka. Apabila
telah kering, tarik tisu yang telah melekat di muka tadi. Insya-Allah, white head
dan black head akan melekat pada tisu yang telah kering. Jika diamalkan berterusan
kulit anda akan menjadi putih berseri.

Petua menguatkan gigi

Mencegah adalah lebih baik dari merawat. Oleh itu terdapat petua untuk menguatkan
gigi serta mencegah gigi cepat gugur. Semasa anda membuang air besar, hendaklah
mengetap atau mengancing gigi ketika meneran. Selain itu elakkan meludah ketika
membuang air besar atau kecil. Insya-Allah gigi akan bertambah kuat serta lambat
gugur.

20 April 2009

Pakej Video Youtube

Wrote by :::"JIeHa::.. at 5:39 PTG 0 comments

05 Mac 2009

Click Bank

Wrote by :::"JIeHa::.. at 8:08 PTG 0 comments

03 Mac 2009

Screensaver

Wrote by :::"JIeHa::.. at 9:08 PTG 0 comments
Get the bEeautiful and artistic screensavers!

02 Mac 2009

Nak download lagu, movie dan game???

Wrote by :::"JIeHa::.. at 8:18 PTG 0 comments
Download Movie, Songs and Games Here!

Are you interested in looking like a Fitness Model?

Wrote by :::"JIeHa::.. at 8:06 PTG 0 comments
HOW TO LOOK LIKE A FITNESS MODEL, WITHOUT BEING ONE!

07 Februari 2009

Perusuh kepung Raja Nazrin, Zara

Wrote by :::"JIeHa::.. at 3:51 PTG 0 comments
Benarkah sebilangan rakyat Perak kini sudah tidak menghormati raja mereka dek mengikut emosi selepas dihasut oleh sesetengah pemimpin politik?
Namun itulah yang berlaku di bandar diraja ini petang semalam apabila 3,000 penyokong Pakatan Rakyat mengikut kata hati bertindak liar merusuh termasuk tergamak menghalang kereta Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah daripada meneruskan perjalanan ke Istana Iskandariah.
Ada yang bagaikan hilang pertimbangan dengan sanggup berbaring di depan kereta Raja Nazrin kerana sukar menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat kini sudah kehilangan kuasa di Perak. Isteri Raja Nazrin, Raja Puan Besar Zara Salim turut berada dalam kenderaan itu.
Kekecohan berlaku ketika Raja Nazrin dan beberapa kereta rasmi orang kenamaan sedang dalam perjalanan ke upacara angkat sumpah Menteri Besar baru Perak di laluan utama menuju ke Istana Iskandariah berhadapan Masjid Ubudiah di sini semalam.
Perhimpunan haram Pakatan Rakyat tersebut dipercayai dirancang bagi menghalang upacara mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir yang dijadualkan berlangsung pukul 3.30 petang.
Meskipun pihak polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) telah pun berkumpul di kawasan tersebut termasuk mengadakan sekatan lalu lintas di pintu gerbang Bukit Chandan di sini sejak pukul 11 pagi, kira-kira 3,000 individu terbabit secara tiba-tiba 'menyerbu' laluan utama tersebut.
Perhimpunan itu yang kemudian bertukar rusuhan dilakukan sejurus selesai solat Jumaat di masjid berkenaan kira-kira pukul 2.15 petang.



 

::Ribbon Girls:: Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei