10 Julai 2009

8 Kesalahan Menjaga Penampilan dan Kecantikan.

Wrote by :::"JIeHa::.. at 10:36 PG
Dalam menjaga penampilan dan kecantikan diri, kita sering kali tidak peka terhadap sesuatu perlakuan yang kita lakukan samada secara sedar ataupun tidak.Ini menyebabkan penampilan dan kecantikan kita semakin hilang serinya.Hal ini sekali gus menggugat keyakinan diri. Antara kesalahan yang sering kita lakukan adalah seperti:

1.Potongan rambut tidak berubah.
-Bagi wanita yang gemar berambut pendek, anda masih boleh mempelbagaikan bentuk potongan rambut pada setiap masa.Manakala bagi wanita bertudung pula, pastikan anda menjaga kesihatan rambut dan tidak salah sekiranya anda juga mempelbagaikan potongan rambut mengikut peredaran semasa.

2.Kurang tidur.
-Kurang tidur akan menyebabkan badan menjadi lemah, muka kelihatan sembam dan wujud lingkaran hitan di bawah mata. Dapatkan tidur dengan secukupnya bagi mengembalikan keremajaan kulit.Semasa tidur, enzim-enzim di dalam badan akan membaik pulih kerosakan sel serta mengenyahkan toksin di dalam badan.

3.Terlalu menghindari lemak.
-Kekurangan lemak boleh mengakibatkan kulit menjadi kering, bersisik dan rambut bercabang. Sebenarnya,anda masih boleh mendapatkan lemak tanpa menjejaskan bentuk badan anda.Sesekali jamahalah sedikit makanan berlemak, janganlah menghindarinya terus.

4.Tidak gemar bersenam.
-Awas bagi wanita yang tidak gemar bersenam kerana sibuk gengan tugas seharian.
Kekurangan bersenam akan menyebabkan aliran darah dalam badan tidak dapat berfungsi dengan baik. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

5.Mengabaikan kebersihan alat solek.
-Span atau berus bedak yang kotor serta tidak dijaga kebersihannya akan menyebabkan pengumpulan bacteria.Apabila disapu pada kulit, bacteria tersebut akan menyebabkan kulit ditumbuhi jerawat. Bersihkan alat solek 2 minggu sekali dengan menggunakan air suam.

6.Tidur tanpa membersihkan alat solek.
-Pulang lewat daripada tugasan sering menyebabkan ramai antara kita malas untuk membersihkan sisa solekan di wajah sebelum tidur. Sisa solekan tersebut akan menyebabkan pori tersumbat, hingga menyebabkan kulit kusam, menimbulkan jerawat dan berlaku iritasi pada mata.Buang sisa solekan sehingga bersih dengan menggunakan tisu basah dan cuci wajah anda dengan menggunakan pembersih.

7.Terlalu kerap mandi air panas.
-Mandi air panas dikatakan mampu mengembalikan semula kesegaran tubuh. Tetapi awas jika terlalu kerap mandi air panas, kulit anda akan menjadi kering. Sekiranya anda ingin mandi air panas ,batasi masa mandi hanya lebih kurang 3 minit dengan suhu air yang tidak terlalu panas.Gunakan pelembap selepas mandi bagi mencegah kulit dari menjadi kering.

8.Tidak menggemari buah dan sayur.
-Bukan sahaja kanak-kanak, malahan ada juga golongan dewasa yang tidak menggemari buah-buahan dan sayur-sayuran.Akibatnya, tubuh kurang bertenaga dan kulit menjadi kering. Ini kerana buah dan sayuran membekalkan mineral dan vitamin untuk tubuh berfungsi dengan sempurna.





0 comments:

Catat Ulasan

Daisypath Anniversary tickers
 

::Ribbon Girls:: Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei