Hitam.
-Warna ini seringkali dikaitkan dukacita dan ketakutan. Namun begitu, dalam melambangkan keperibadian lelaki, ia memperlihatkan seorang lelaki yang macho dan berkeyakinan . Mereka amat yakin dalam membuat keputusan. Lelaki jenis ini juga mementingkan penampilan dan tegas tentang apa yang diperkatakan. Ia juga melambangkan sifat moden dan boleh menyesuaikan diri dalam semua keadaan.
Putih.
-Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia symbol seorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain knaves yang menunggu lakaran seorang artis. Lelaki yang gemarkan warna putih amat gemarkan kebersihan dan begitu menitikberatkan soal kekemasan diri. Anda yang sukakan warna bersih ini juga seorang yang cermat dalam pelbagai hal. Biasanya hiasan dalam rumah dan lipatan kain kemas sahaja. Mereka tidak suka perkara yang berselerak dan berterabur.
Merah.
-Melambangkan tenaga fizikal dari segi kebaikannya. Ia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerja yang ditugaskan. Aspek negatifnya, ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan.Merah juga berkait rapat dengan kemarahan. Ada juga sesetengah lelaki yang menggemari warna ini agak baran dan tidak dapat mengawal kemarahannya.Namun, mereka ini dikategorikan dalam senarai lelaki kreatif.
Merah jambu.
-Ia melambangkan sifat kewanitaan . Lelaki yang gemarkan warna ini biasanya berjiwa lembut dan pemuh kaish – sayang.Mereka ini penuh dengan sifat romantis. Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan. Mereka ini jika sudah sayang seseorang, akan sayang sampai bila-bila.Cuma kadangkala sikap terlalu bertoleransi mereka akan membuatkan mereka diperdaya atau orang lain mudah mengambil kesempatan.
Oren.
-Warna ini melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan warna tenaga fizikal(merah) dan daya mental(kuning).Ia melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetpai ia juga dianggap warna yang amat kuat dan pelik bagi sesetengah orang. Mereka yang sukakan warna ini mempunyai cita-cita yang tinggi. Selalunya, apa yang diimpikan akan cuba dicapai walaupun terpaksa menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Namun, kadangkala mereka agak kelam kabut dalam menghadapi satu satu hal. Jika mempunyai buah hati, mereka akan benar-benar sayang buah hatinya.
Ungu.
- Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Orang yang memakai warna ini dikatakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.
Coklat.
-Ia tanda pengasih dan mempunyai prospek di masa depan. Lelaki yang gemarkan warna ini juga dikatakan seorang yang berjimat-cermat ketika membelanjakan wangnya. Sehingga ada masanya, lelaki ini dikatakan berkira dan kedekut untuk mengeluarkan setiap wang ringgitnya. Jadi tidak hairanlah jika mereka ini mempunyai simpanan yang banyak. Mereka akan sentiasa memikirkan masa depan.
Hijau.
-Warna ni adalah kombinasi warna hijau dan biru.Ia dianggap warna alam. Warna hijau dikaitkan dengan cemburu. Lelaki yang gemarkan warna ini juga dikatakan tidak banyak bercakap. Walaupun agak cemburu, lelaki jenis ini agak tenang dan jika ada masalah, Berjaya selesaikannya dengan cara palimh seimbang.
Kuning.
-Ia adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarikan intelektual dalam pelbagai bidang. Ia adalah warna yang untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu, tetapi bagi sesetengah orang ia dianggap warna yang memaksa. Ada juga yang mengaitkan kuning dengan sifat pengecut. Tetapi, meeka ini mempunyai kreativiti dan bersita rasa tinggi.
10 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan