Khasiat Asam Jawa
-ambil kuantiti asam jawa secukupnya dan bancuh dengan air masak. Oleskan pada
wajah sehingga kering iaitu kira-kira 20-30 minit. Setelah kering, bolehlah
dicuci.Sekiranya ada jerawat, letakkan asam jawa tebal sedikit. Insya-Allah jika
diamalkan, kulit akan licin dan tidak berjerawat. Walau bagaimanapun, petua ini
tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering.
Menghilangkan White Head Di Muka
Ambil sebiji telur, asingkan putihnya. Ambil beberapa helai tisu muka dan celupkan
ke dalam putih telur tersebut. Selepas itu, tekapkan ke seluruh muka. Apabila
telah kering, tarik tisu yang telah melekat di muka tadi. Insya-Allah, white head
dan black head akan melekat pada tisu yang telah kering. Jika diamalkan berterusan
kulit anda akan menjadi putih berseri.
Petua menguatkan gigi
Mencegah adalah lebih baik dari merawat. Oleh itu terdapat petua untuk menguatkan
gigi serta mencegah gigi cepat gugur. Semasa anda membuang air besar, hendaklah
mengetap atau mengancing gigi ketika meneran. Selain itu elakkan meludah ketika
membuang air besar atau kecil. Insya-Allah gigi akan bertambah kuat serta lambat
gugur.
21 April 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan