24 Ogos 2009

Rahsia Tarikh Lahir

Wrote by :::"JIeHa::.. at 9:00 PTG
Hai kengkawan sekalian..

Hari ni sy nak kongsi ngan anda smua tentang rahsia tarikh lahir sy sendiri.
Ok la, sy lahir pada 16 Jun 1987...
So ade la blajar sikit cara2 nak kira benda nih..
Cara-caranya seperti dibawah..

16 Jun 1987 = 16 + 6 + 1987
=2009
=2+ 0 + 0 + 9
=11
=1 + 1
= 2

So, dari calculation kat atas jumlah smua no ialah 2..
Jadi karakter sy ada dalam kategori ke-2
Kat bawah ni ada penerangan pasal tiap2 no..

1-KETULENAN

Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik
diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah
pemimpin atau boss.
-Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik.
-Berfikirlah secara terbuka.

**Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk
Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2-PENDAMAI

-Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum
-mengambil kira dirinya sendiri.
-Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di
-dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak
serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai
kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

**Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi
Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

Dalam bebanyak statement kat atas ni, ada la jugak yang kena mengena ngan diri ni..
Yang lain ade kot sikit2.. hehe.

Anda pula camne?Ok lah,ig nak tau lebih lanjut boleh view terus kat
SINI

0 comments:

Catat Ulasan

Daisypath Anniversary tickers
 

::Ribbon Girls:: Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei