24 April 2009
RAHSIA DAN KELEBIHAN KAYU KOKKA
1.Rumah yang memilikinya; aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis makhluk, insya
Allah.
2.Anak menangis tidak dapat tidur; letak di bawah bantal atau rendam sebahagiannya ke dalam
air lalu diberi minum, insya Allah akan tidur.
3.Sakit gigi; rendam sebahagiannya ke dalam air suam, kemudian berkumur dengannya dan
minum, insya Allah sembuh.
4.Sakit kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit, insya Allah lega.
5.Demam, sakit Kuning, kerongkong, tongsil, guam dan ruam; rendam air dan beri minum atau
titiskan ke dalam mulut, insya Allah sembuh.
6.Ibu dalam pantang; bawa bersama semasa tidur, rendam ke dalam air suam dan minum.
Insya Allah aman dan sembuh segera.
7.Termakan santau atau terkena racun; rendamkan ke dalam air dan beri minum, insya Allah
sembuh.
8.Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insya Allah akan terhindar dari binatang liar atau
berbisa.
9.Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, insya Allah akan hilang segala
bisanya.
10.Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, insya Allah akan tenang dan aman.
11.Sekiranya memakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan
terdaya.
12.Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas-pembebas di 4 wilayah telah
membawanya bersama semasa berperang, lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi
kabur dan pemakainya beroleh kemenangan, alhamdulillah.
13.Jika dalam keadaan yang amat terdesak, logam panas yang pantas kilat lagi bahaya insya
Allah tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman dan beramal soleh.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan