21 Oktober 2009

Tips Lembutkan Rambut

Wrote by :::"JIeHa::.. at 9:19 PTG
Kali ini jom kita praktikkan amalan ni untuk melembutkan rambut.
Walaupun zaman sekarang ni ramai yang prefer buat rebonding, tapi cara ni lebih selamat.
Apatah lagi menggunakan bahan-bahan semulajadi yang mudah didapati di rumah kita.
Ok, jom ikut cara- cara di bawah ni :

1. Bahan-bahan untuk lembutkan rambut ialah : 2 biji telur dan sedikit halia diparut halus

2.Pecahkan telur tadi,kemudian lumur pada rambut.

3.Rendamkan parutan halia tadi di dalam air suam.

4.Apabila dah kering, basuh dengan syampu(supaya bau telur tadi dapat dikurangkan ^_^)

5.Perapkan rambut dengan air rendaman parut halia tadi.

6.Biarkan selama 5 minit, kemudian bilas dengan air biasa.

** Lakukan sekali setiap minggu untuk keberkesanannya.




1 comments:

Tanpa Nama berkata...

terima kasih,mmang berkesan...sya tau pun dari costumer sya yg datang tempat sya berkerja...tapi dia x bgitau psal air halia pula...rambut sya rosak sbb mula2 sya luruskan lpas setahun sya kerintingkan...lepas tu kulit kepala gatal...tapi lepas cuba petua tu alhamdulilah kurang masalah rambut sikit..

Catat Ulasan

 

::Ribbon Girls:: Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei