21 Julai 2009

Rahsia untuk dapatkan Wajah Berseri-seri

Wrote by :::"JIeHa::.. at 9:54 PG 0 comments
1. Untuk sentiasa kelihatan cantik menawan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :

•Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
•Baca ” Ya Nur ” 1x
•Baca ” Ya Hadi ” 1 x
•Baca ” Ya Allah ” 3x
Amalkan membaca zikir ini dan tiup ke tapak tangan dan kemudiannya sapu ke muka kita setiap hari.

2. Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;

•Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
•Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
*Kaedah ini adalah untuk rawatan dalaman supaya kelihatan cantik muda dan bertenaga luaran dan dalaman.


3.Bacalah surah al-Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur, nescara kita akan sentiasa
murah rezeki dan mendapat ketenangan jiwa.

Sedikit tambahan info ;
Kepada yang selalu sakit kepala atau migrain tu, amalkan membaca ayat 19 dari surah al-Waqiah. Moga-moga boleh menghilangkan / meredakan sakit kepala yang dialami.

Tips Kempiskan Perut Boroi

Wrote by :::"JIeHa::.. at 9:41 PG 0 comments
Semua orang mesti nak perut kempis supaya nampak cantik, tambah-tambah lagi buat kaum perempuan.Kalu harap muke je cantik, tapi perut boroi,terus jadi x cantik tau.
So, disini ada tips untuk kempiskan perut buat anda..Rajin-rajinlah mencuba untuk dapatkan hasil yang maksimum.Ikuti dan amalkan langkah berikut untuk mendapatkan perut yang cantik berotot.Semoga Berjaya!!

i) Minum banyak air kosong. Air mengenyangkan dan menjaga metabolisme badan.

ii) Berhenti minum minuman beralkohol. Alkohol walaupun minuman bebas lemak, namun
mengandungi banyak kalori. Ini boleh meningkatkan tahap kortisol di dalam tubuh.

iii)Lakukan gerakan sit up. Senaman ini membantu mengurangkan mengurangkan lemak
dan mengempiskan perut.

iv) Berkebun. Berkebun juga merupakan aktiviti fizikal yang ternyata mampu
mengurangkan berat badan. Aktiviti ini diyakini dapat membakar lemak 350 kalori
sejam.






v) Lakukan gerakan pinggul. Senaman gerakan pinggul dapat membakar kalori sama
seperti berkebun.

vi)Amalkan makan banyak buah-buahan dan sayuran. Kedua-dua makanan ini mengandungi
serat tinggi. Walaupun anda makan dalam jumlah yang banyak, anda tidak perlu
risau terjadinya pertambahan lemak di bahagian perut.

Buat duit dengan Youthsays

Wrote by :::"JIeHa::.. at 9:36 PG 0 comments
Salam...

Arini anna nak kongsi dengan korang semua tentang buat duit
dengan Youthsays..
Anna dah try dan dah hasilnya agak memberansangkan(cmne nak eja ek?) ^_^
Apa kata korang sendiri cuba..
Rugi kalau tak cuba.
Wish all of u good luck!


Jom beli baju cantik2..

Wrote by :::"JIeHa::.. at 9:24 PG 0 comments

Hai semua.Assalamualaikum.

Hari ni Anna nak kenalkan satu website yang jual macam pakaian for ladies la.
Koleksinya cantik2 dan mesti sume ladies di luar sana suke.
Kat bawah ni ada contoh-contoh baju yang cantik2..
Rugi kalau tak beli..
Harganya pun berpatutan.
Korang tengok la sendiri, kalau x percaye k.



Yang pasti korang mesti suka punya dress2 nih.
Tadaaa...

10 Julai 2009

Rahsia Tanda Tangan

Wrote by :::"JIeHa::.. at 10:51 PG 0 comments
1.Satu garisan di bawah tanda tangan.
Anda seorang yang sangat yakin dan ada personaliti yang hebat. Bagaimanapun, anda agak mementing diri tapi percaya dengan kebahagiaan dalam hidup adalah sangat perlu.

2. Dua titik di bawah tanda tangan.
Anda romantik . Mudah menukar pasangan sebagaimana menukar pakaian. Anda memilih kecantikan dan anda sentiasa berusaha kelihatan cantik. Anda mudah menarik perhatian orang mendampingi diri anda.

3. Satu titik di bawah tanda tangan.
Anda kelihatan mudah dan tenang, tetapi cepat hilang kepercaan apabila mendapati orang telah mengkhianati diri anda.

4. Tiada garisan atau titik di bawah tanda tangan.
Anda enjoy dengan hidup anda, ikut cara dan gaya anda sendiri. Anda kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain.

5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama.
Anda sentiasa berusaha supaya smart, suka berselindung dan jarang mengambil pandangan orang sebagai panduan hidup . Anda amat yakin dengan kebolehan diri sendiri.

6.Tanda tangan berasaskan ejaan nama tetapi sukar nampak.
Anda cerdik tetapi kurang mahu berfikir. Anda menukar pandangan dan idea begitu cepat.

7. Tanda tangan huruf satu – satu , tidak bersambung.
Anda seorang yang sangat prihatin,tidak mementingkan diri, sanggup berkorban apa saja untuk orang lain. Anda seorang pemikir dan mudah serik.

8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas.
Anda seorang yang sangat baik, anda boleh seimbangkan diri dengan apa jua keadaan atau siapa jua yang and berurusan . Anda tegas dengan pendapat sendiri dan ada semangat yang tinggi.

Khasiat Sukun

Wrote by :::"JIeHa::.. at 10:49 PG 0 comments
Ramai antara kita yang tidak mengetahui bahawa buah sukun mempunyai pelbagai khasiat selain hanya dimakan sebagai kuih.

Berikut adalah khasiat sukun:

-Daun sukun yang diramas bersama air hingga mengeluarkan lendir dapat
mengurangkan sakit kepala.Caranya ialah dengan memupuk lendir tadi di bahagian
dahi.

-Air rebusan buah sukun muda dapat mengurangkan batuk.

-Air rebusan sukun masak dapat mengubati sakit asma dan hempedu.

-Getah pada kulit pokok sukun digunakan sebagai getah untuk menampal kebocoran
pada kapal, dan digunakan dalam proses membuat gula-gula getah.

Kaitan WARNA dan peribadi LELAKI

Wrote by :::"JIeHa::.. at 10:48 PG 0 comments
Hitam.

-Warna ini seringkali dikaitkan dukacita dan ketakutan. Namun begitu, dalam melambangkan keperibadian lelaki, ia memperlihatkan seorang lelaki yang macho dan berkeyakinan . Mereka amat yakin dalam membuat keputusan. Lelaki jenis ini juga mementingkan penampilan dan tegas tentang apa yang diperkatakan. Ia juga melambangkan sifat moden dan boleh menyesuaikan diri dalam semua keadaan.

Putih.
-Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia symbol seorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain knaves yang menunggu lakaran seorang artis. Lelaki yang gemarkan warna putih amat gemarkan kebersihan dan begitu menitikberatkan soal kekemasan diri. Anda yang sukakan warna bersih ini juga seorang yang cermat dalam pelbagai hal. Biasanya hiasan dalam rumah dan lipatan kain kemas sahaja. Mereka tidak suka perkara yang berselerak dan berterabur.

Merah.
-Melambangkan tenaga fizikal dari segi kebaikannya. Ia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerja yang ditugaskan. Aspek negatifnya, ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan.Merah juga berkait rapat dengan kemarahan. Ada juga sesetengah lelaki yang menggemari warna ini agak baran dan tidak dapat mengawal kemarahannya.Namun, mereka ini dikategorikan dalam senarai lelaki kreatif.

Merah jambu.
-Ia melambangkan sifat kewanitaan . Lelaki yang gemarkan warna ini biasanya berjiwa lembut dan pemuh kaish – sayang.Mereka ini penuh dengan sifat romantis. Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan. Mereka ini jika sudah sayang seseorang, akan sayang sampai bila-bila.Cuma kadangkala sikap terlalu bertoleransi mereka akan membuatkan mereka diperdaya atau orang lain mudah mengambil kesempatan.

Oren.
-Warna ini melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan warna tenaga fizikal(merah) dan daya mental(kuning).Ia melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetpai ia juga dianggap warna yang amat kuat dan pelik bagi sesetengah orang. Mereka yang sukakan warna ini mempunyai cita-cita yang tinggi. Selalunya, apa yang diimpikan akan cuba dicapai walaupun terpaksa menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Namun, kadangkala mereka agak kelam kabut dalam menghadapi satu satu hal. Jika mempunyai buah hati, mereka akan benar-benar sayang buah hatinya.

Ungu.
- Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Orang yang memakai warna ini dikatakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.

Coklat.
-Ia tanda pengasih dan mempunyai prospek di masa depan. Lelaki yang gemarkan warna ini juga dikatakan seorang yang berjimat-cermat ketika membelanjakan wangnya. Sehingga ada masanya, lelaki ini dikatakan berkira dan kedekut untuk mengeluarkan setiap wang ringgitnya. Jadi tidak hairanlah jika mereka ini mempunyai simpanan yang banyak. Mereka akan sentiasa memikirkan masa depan.

Hijau.
-Warna ni adalah kombinasi warna hijau dan biru.Ia dianggap warna alam. Warna hijau dikaitkan dengan cemburu. Lelaki yang gemarkan warna ini juga dikatakan tidak banyak bercakap. Walaupun agak cemburu, lelaki jenis ini agak tenang dan jika ada masalah, Berjaya selesaikannya dengan cara palimh seimbang.

Kuning.
-Ia adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarikan intelektual dalam pelbagai bidang. Ia adalah warna yang untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu, tetapi bagi sesetengah orang ia dianggap warna yang memaksa. Ada juga yang mengaitkan kuning dengan sifat pengecut. Tetapi, meeka ini mempunyai kreativiti dan bersita rasa tinggi.

25 Tabiat Melambangkan Sikap Suka Berfikiran Negatif

Wrote by :::"JIeHa::.. at 10:48 PG 0 comments
Anda memiliki sikap suka berfikiran negatif apabila:
1. Memandang rendah pada apa yang orang lain buat, bakat dirinya, pencapaiannya dan usahanya.
2. Anda memperbodohkan orang semata-mata untuk menjadikan kesilapannya sebagai bahan ketawa.
3. Anda cepat melihat yang buruk dalam apa saja situasi, benda, perkara.
4. Anda selalu mengomen, mengkondem, mengkritik, hentam belakang.
5. Anda suka bercerita keburukan orang - ahli politik, kawan, kekasih, suami, isteri atau keluarga Anda.
6. Tak pernah terfikir untuk merasa bersyukur, bahkan ia takde guna bagi Anda.
7. Tak pernah meminta maaf dan tak mahu melafazkan kemaafan.
8. Sukar melupakan orang yang pernah berbuat salah pada Anda.
9. Anda banyak bercakap untuk menampakkan Anda tahu banyak perkara, peka semua berita. Cakapan orang lain tak penting bagi Anda kerana mereka hanya tahu sedikit saja, tak setanding Anda.
10. Anda suka menyalahkan orang lain setiap kali timbul masalah.
11. Lebih banyak menggunakan bahasa sindiran pedas dari cakapan berterus terang secara berhemah.
12. Sakit hati melihat orang lebih berjaya dari Anda atau apabila melihat orang lebih lebih maju dari Anda.
13. Anda menganggap orang lain menunjuk-nunjuk, seolah-olah mencabar Anda sedangkan sebenarnya mereka tidak begitu.
14. Cakap tak berlapik, tak sopan, main hambur ikut suka hati.
15. Mahu orang lain respek Anda, tapi sukar untuk Anda respek orang lain kerana berbuat begitu memalukan Anda.
16. Cepat naik marah, pantang ditegur, susah melupakan apa yang membuat Anda marah.
17. Menganggap diri Anda kaya dan hebat serba serbi, walaupun sebenarnya banyak berhutang.
18. Anggap apa yang Anda miliki jauh lebih hebat, pencapaian Anda lebih hebat dan Anda tak sanggup dikalahkan.
19. Malas nak belajar sesuatu perkara baru.
20. Tak nak berubah, selesa kekal dengan yang ada.
21. Mahu orang lain mengikut saranan Anda, langsung tak menghormati keputusan mereka.
22. Berlagak seolah-olah Anda orang penting ketika berada dalam sesatu majlis keramaian.
23. Amat menjaga sembahyang, tapi mulut memaki-maki.
24. Berjanji insya Allah, tapi asyik mungkir janji.
25. Suka mempergunakan, memperalatkan kejujuran dan kebaikan orang.

Fikiran melambangkan perbuatan. Perbuatan juga melambangkan cemana rupa fikiran, positif ke ke negatif. Anda boleh mengenali pemikiran negatif jika Anda terlihat ciri-ciri perbuatan negatif seperti di atas.
Jadikan 25 sikap itu sebagai panduan, garis ukuran untuk Anda check attitude diri. Jika ada sikap di atas terdapat pada Anda, itu tandanya Anda kena berubah kalo Anda nak ada kemajuan dalam hidup.
Semua 25 panduan itu tak semestinya betul, bahkan boleh jadi salah kerana ia hanya berdasarkan kajian pada masyarakat umum. Tak sama pada semua orang. Saya percaya andai kata Anda sambung tulis start dari yang ke 26, mesti senarai tu sampai 100 atau 200, apatah lagi bila ditaip dengan penuh perasaan geram..betul tak? Hehe..
Biar orang kritik kita, jangan kita mengkritik sebab itu akan memfull-powerkan pemikiran negatif yang ada dalam diri kita. Banyakkan yang positif supaya dapat mengurangkan yang negatif. Pemikiran negatif sukar untuk dibuang, tapi boleh dilatih untuk menjadi semakin mengurang.

8 Kesalahan Menjaga Penampilan dan Kecantikan.

Wrote by :::"JIeHa::.. at 10:36 PG 0 comments
Dalam menjaga penampilan dan kecantikan diri, kita sering kali tidak peka terhadap sesuatu perlakuan yang kita lakukan samada secara sedar ataupun tidak.Ini menyebabkan penampilan dan kecantikan kita semakin hilang serinya.Hal ini sekali gus menggugat keyakinan diri. Antara kesalahan yang sering kita lakukan adalah seperti:

1.Potongan rambut tidak berubah.
-Bagi wanita yang gemar berambut pendek, anda masih boleh mempelbagaikan bentuk potongan rambut pada setiap masa.Manakala bagi wanita bertudung pula, pastikan anda menjaga kesihatan rambut dan tidak salah sekiranya anda juga mempelbagaikan potongan rambut mengikut peredaran semasa.

2.Kurang tidur.
-Kurang tidur akan menyebabkan badan menjadi lemah, muka kelihatan sembam dan wujud lingkaran hitan di bawah mata. Dapatkan tidur dengan secukupnya bagi mengembalikan keremajaan kulit.Semasa tidur, enzim-enzim di dalam badan akan membaik pulih kerosakan sel serta mengenyahkan toksin di dalam badan.

3.Terlalu menghindari lemak.
-Kekurangan lemak boleh mengakibatkan kulit menjadi kering, bersisik dan rambut bercabang. Sebenarnya,anda masih boleh mendapatkan lemak tanpa menjejaskan bentuk badan anda.Sesekali jamahalah sedikit makanan berlemak, janganlah menghindarinya terus.

4.Tidak gemar bersenam.
-Awas bagi wanita yang tidak gemar bersenam kerana sibuk gengan tugas seharian.
Kekurangan bersenam akan menyebabkan aliran darah dalam badan tidak dapat berfungsi dengan baik. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

5.Mengabaikan kebersihan alat solek.
-Span atau berus bedak yang kotor serta tidak dijaga kebersihannya akan menyebabkan pengumpulan bacteria.Apabila disapu pada kulit, bacteria tersebut akan menyebabkan kulit ditumbuhi jerawat. Bersihkan alat solek 2 minggu sekali dengan menggunakan air suam.

6.Tidur tanpa membersihkan alat solek.
-Pulang lewat daripada tugasan sering menyebabkan ramai antara kita malas untuk membersihkan sisa solekan di wajah sebelum tidur. Sisa solekan tersebut akan menyebabkan pori tersumbat, hingga menyebabkan kulit kusam, menimbulkan jerawat dan berlaku iritasi pada mata.Buang sisa solekan sehingga bersih dengan menggunakan tisu basah dan cuci wajah anda dengan menggunakan pembersih.

7.Terlalu kerap mandi air panas.
-Mandi air panas dikatakan mampu mengembalikan semula kesegaran tubuh. Tetapi awas jika terlalu kerap mandi air panas, kulit anda akan menjadi kering. Sekiranya anda ingin mandi air panas ,batasi masa mandi hanya lebih kurang 3 minit dengan suhu air yang tidak terlalu panas.Gunakan pelembap selepas mandi bagi mencegah kulit dari menjadi kering.

8.Tidak menggemari buah dan sayur.
-Bukan sahaja kanak-kanak, malahan ada juga golongan dewasa yang tidak menggemari buah-buahan dan sayur-sayuran.Akibatnya, tubuh kurang bertenaga dan kulit menjadi kering. Ini kerana buah dan sayuran membekalkan mineral dan vitamin untuk tubuh berfungsi dengan sempurna.





Daisypath Anniversary tickers
 

::Ribbon Girls:: Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei