15 September 2008

Kisah Cinta Wanita Melayu Murtad.

Wrote by :::"JIeHa::.. at 10:04 PTG 0 comments
Saya telah membaca satu artikel di laman web yang amat menarik.

Ingin saya kongsikan bersama anda,Ikuti kisah artikel ini:



Islam, bukan seperti budaya Barat yang tertumpu kepada kebebasan seks, yang membentuk realiti harian satu pertiga dunia penganut Anglican. Wanita Melayu yang masuk Kristian terpaksa hidup dalam dua alam. KATRINARNHOLZ menemuramah salah seorang daripada mereka.Pada kad pengenalannya dinyatakan bangsa. Dibawahnya jantina,dan pada kiri ditulis : Islam. Akan tetapi wanitaberusia 28 tahun ini yang memakai cermin mata bersegidengan senyuman lebar adalah seorang Kristian. Diadatang dari kumpulan bangsa yang terbesar di Malaysia iaitu Melayu. Mengikut perangkaan rasmi, bangsaMelayu terdiri dari 65% penduduk. Di Malaysia, menurutKamariah, seorang Melayu adalah Islam menurut definisi.Seorang Melayu ialah Islam. Noktah,katanya. Sedikit yang berani tampil ke tengah masyarakat jika mereka masuk Kristian.Seorang lelaki yang mengisytiharkan secara terbuka keluar Islam ialah pelayar terkenal,Azhar Mansor,pada tahun 1999 telah mengelilingi dunia dalam tempoh 190 hari dengan bantuan satu enjin. Tiang utama layarnya patah di Tanjung Pengharapan (Cape Horn).Walaubagaimanapun dia berjaya sampai ke Kepulauan Faulkland untuk membaiki layarnya. Apa yang berlakuantara tanjung dan kepulauan tersebut adalah spekulasi. Di internet ramai orang Islam tertanya-tanya samada Mansor yang tidak lagi menetapdi Malaysia benar-benar keluar dari Islam. Dan banyak juga perbincangan di kalangan orang Kristian.Menurut versi cerita Kamariah, Mansor hampir lemas dilaut, diselamatkan oleh ikan lumba-lumba, dan kemudian muncul Jesus. Lina Joy tidak bermaksud untuk menjadi terkenal apabila dia meminta secara rasmi untuk keluar Islampada tahun 2001. Dia berjaya menukar namanya dari Azlina Jailani ke Lina Joy, akan tetapi Jabatan Pendaftaran Negara menolak untuk membuang perkataan Islam’ pada kad pengenalannya. Keputusan tersebut,bukannya tanggungjawab jabatan kerajaan berkenaan,tetapi diputuskan oleh Mahkamah Syariah mahkamah di Malaysia yang mengawasi umat Islam mematuhi ajaranIslam. Apa yang tidak menyebelahi Lina Joy ialahapabila hakim berkata , Memandangkan plaintif seorang Melayu, dia terikat kepada perundangan Islamsehinggalah dia mati’.Dia telah banyak kali merayu keputusan tersebut,dan rayuannya yang terkini akan didengari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Selepas itu barulah akan ditentukan samada Mahkamah Syariah mempunyai kuasa perundangan terhadap mereka yang ingin keluar dariIslam. Artikel 11 (dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia) menjanjikan kebebasan beragama. Benar untuk agama lain tetapi tidak untuk orang Islam yang inginkeluar dari Islam. Kata Kamariah lagi.Dia dan Natasha (bukan nama sebenar) berusia 34 tahunadalah satu-satunya orang Melayu yang berada di gereja antarabangsa. Ramai orang Melayu Kristian menyembunyikan diri dan berjumpa secara rahsia,menurut Kamariah. Mereka masih lagi didaftarkan sebagai orang Islam. Dalam masa dua bulan, Kamariah akan memulakan perrniagaan pengurusan perkahwinan.Tetapi dia ingin meluaskan lagi perniagaannya : ianya termasuk khidmat pra-perkahwinan percuma. Khidmat nasihat perkahwinan tersebut berlandaskan prinsip-prinsip dalam Bible. Kamariah telah mengadakanperundingan dengan pihak berkuasa yang berkaitan dan ianya telah diluluskan.Kad pengenalan orang Islam yang keluar Islam menjadi masalah bila mereka hendak berkahwin, kerana menurut hukum Islam, hanya seorang Islam boleh berkahwin orangIslam yang lain.Hanya satu cara untuk kahwin secara sah, iaitu mengahwini seorang Melayu Kristian lain yang atas kertas masih lagi seorang Islam, menurut wanita muda tadi. Akan tetapi anak-anak kami akan menjadi orang Islam diatas kertas, dan anak mereka seterusnya, dan kitaran ini tidak akan terhenti. Tetapi jika kita ingin menukar kad pengenalan, ianya tidak akan berlakutanpa masalah. Mahkamah Syariah boleh membuat keputusan untuk memenjarakan saya, kata Kamariah.Oleh itu dia tidak lagi berfikir sekarang untuk berkahwin atau menukar kad pengenalannya, dan dia hidup seperti kebanyakan yang belum berkahwin di Malaysia bersama-sama ibu bapanya yang Islam. Mereka tidak tahu anak mereka seorang Kristian. Di sini saya harus berhati-hati dengan siapa saya bercakap,menurut Kamariah. Ada orang Melayu yang toleran tetapi yang lain tidak ragu-ragu lagi akan menghadapkan saya ke Mahkamah Syariah. Jika mereka tidak melaporkannya, kemudian mereka akan berfikir mereka bersubahat untuk melindungi saya dan itu adalah tidak baik dalam Islam.Kamariah masuk Kristian dalam tahun 2000 selepas dua tahun menjalinkan hubungan dengan seorang Cina Kristian.Saya sentiasa iri hati, dia mempunyai hubungan dengan Tuhan dia. Tuhan saya adalah jauh,tidak boleh dicapai,katanya lagi.Doa dia dijawab.Doa saya tidak. Jadi Kamariah pada satu hari menyerahkan dirinya kepada Jesus. Sejak itu banyak telah berubah. Walaupun dia tidak bercakap mengenai Kristian dengan ibu bapanya, dia bersembahyang dirumah.
Tiba-tiba emak saya menanggalkan hiasan ayatQuran daripada dinding dan menggantung gambar bunga,katanya riang. Satu hari, dia berharap, dia tidak perlu lagi menyembunyikan kepercayaannya.Saya harap lebih ramai Melayu Kristian akan keluar ke tengah masyarakat dan pergi ke gereja dan berjumpa secara terbuka. Itu akan menjadi satu kejayaan dalam masyarakat kita.


11 September 2008

Wrote by :::"JIeHa::.. at 3:41 PTG 0 comments

09 September 2008

Petua dapur

Wrote by :::"JIeHa::.. at 6:35 PTG 0 comments
1.Bersihkan minyak kelapa

Ambil beberapa keping asam gelugur dan goreng dalam minyak masak yang telah digunakan.
Asam gelugur akan meresap minyak berwarna hitam dan hasilnya minyak boleh digunakan untuk beberapa kali.


2.Garam sentiasa kering

Masukkan sedikit beras pada tempat penyimpan garam.
Dengan cara ini garam akan tetap kering dan bersih.

Resepi masakan

Wrote by :::"JIeHa::.. at 4:35 PTG 0 comments
Kerabu jantung pisang Ramadhan.

Bahan-bahan:
jantung pisang
3 biji bawang besar
5 tangkai cili merah
25gm belacan
2 sudu gula
Sedikit air masak
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
1 biji limau kasturi

Cara membuatnya:

1.Bersihkan jantung pisang dengan membuat kulit bahagian luarnya.Kemudian rebus jantung pisang tadi sehingga lembut.Potong secara kecil-kecil supaya mudah di makan.
2.Kisarkan bahan-bahan seperti cili merah,bawang dan belacan,garam dan gula.
3.Akhir sekali,campurkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama air asam jawa.
4.Perah limau kasturi bagi menambah keenakan kerabu.


08 September 2008

blog baru

Wrote by :::"JIeHa::.. at 11:22 PTG 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Alhamdulillah akhirnya berjaya juga saya melaksanakan aya untuk membuat blog setelah sekian lama berazam untuk menulis blog.Apa pun,saya mendapat ilham menulis blog setelah beberapa kali melewati blog motivasi Shueqry.Saya amat meminati bidang motivasi kerana dapat meningkatkan semangat saya khususnya.Oh ya, terlebih dahulu adalah baiknya saya memperkenalkan blog.Saya dikenali sebagai ji dikalangan teman-teman dan masih lagi belajar di salah sebuah ipta dalam negara.Mengambil bidang matematik yang amat menarik bagi saya.Aktiviti di masa lapang saya biasanya membaca buku dan majalah yang dapat memberi ilmu dan pengetahuan pada saya.

blog baru saya

Wrote by :::"JIeHa::.. at 9:44 PTG 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Sudah lama saya pasang angan-angan untuk membina blog sebegini kerana sebelum ini saya selalu melawat blog-blog lain terutamanya blog motivasi Shueqry.Tambahan pula,Saya amat meminati tulisan beliau maklumlah saya ni minat dalam bidang motivasi.Oh ya,smemandangkan saya masih baru dalam dunia blog ni,lebih baik saya memperkanalkan diri dahulu.Saya berasal dari utara tanah air dan dikenali sebagai ji dalam kalangan teman-teman.Saya masih belajar di salah sebuah ipta dalam negara dalam bidang matematik.Saya suka membaca buku-buku motivasi dan amat berminat dalam bidang tarian. Oleh itu,saya tidak lepaskan peluang menyertai kelas tarian yang terdapat di universiti..Oklah,rasanya setakat ini saja coretan saya pada hari ini.moga esok saya dapat tulis artike baru lagi...Salam bahagia dan Happy2 slalu!!!!
Daisypath Anniversary tickers
 

::Ribbon Girls:: Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei