Ada pak cik tu kan, seorang pakar psikologi berbangsa Amerika(Dr. Dicks) kata : “Kehidupan yang bahagia adalah seni keindahan yang memiliki sepuluh kaedah, iaitu:
Bila pekerjaan yang anda sukai itu sukar diperolehi, maka isikanlah hobi anda pada saat – saat waktu terluang.
2.Perhatikanlah kesihatan fizikal, kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan, iaitu dengan mengatur rutin maka dan minum tanpa berlebihan, membiasakan olahraga dan menjauhi kebiasaan buruk dan merugikan.
3.Harus memiliki tujuan dalam hidup, kerana itu akan membuatnya bersemangat.
4.Menjalani kehidupan apa adanya dan menerimanya baik yang manis mahupun pahit, dengan hati yang lapang.
5.Hayati hidup yang sedang dijalani;jangan menyesal hal yang sudah berlalu dan jangan pula memusingkan hari esok yang belum tiba.
6.Hendaklah selalu berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan.Jangan menyalahkan orang lain atas keputusan-keputusan anda dan atas sesuatu yang kadangkala menimpa anda.
7.Sentiasalah memandang orang yang berada dibawah anda.
8.Biasaknlah diri anda untuk murah dengan senyuman,berjiwa periang, dan berteman dengan orang-orang yang optimis.
9.Membantu orang lain dalam kebahagiaan agar mendapatkan harumnya kebhagiaan darinya.
10.Pergunakanlah berbagai kesempatan yang cerah lagi indah dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagiaan.
Ha, dah cek semua kan, so ade x sesiapa yg x bahagia di sini? Kalau ada, boleh kongsi ngan cik Jieha ya :)
0 comments:
Catat Ulasan